Bid Amount RM 1.00
RANTAI TANGAN
SKU | SAR026-270722-0003 |
Weight (G) | 6.72g |
LENGTH (CM) | 16.5cm |
WIDTH (CM) | 1.3cm |
1.Syarat Keperluan
1.1Tender ini adalah bagi lelongan secara tender barang gadaian/ marhun yang tidak dituntut oleh penggadai di Sahabat Ar Rahnu (SAR) Cawangan SAHABAT AR RAHNU KUCHING Lot 406, Ground Floor, Section 5, Jalan Kulas, Kuching Town Land District (KTLD), 93400 Kuching, Sarawak.
1.2Barang gadaian sebagaimana keadaannya boleh dilihat bermula jam 12.00 tengah hari 6 September 2023 sehingga jam 12.00 tengah hari 9 September 2023. Tawaran ini ditutup pada 9 September 2023 jam 12.01 tengah hari. Tawaran yang dikemukakan selepas dari tempoh waktu dan tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
2.Harga Tawaran
Harga-harga asas (reserved price) bagi marhun yang dinyatakan di dalam tawaran tender adalah muktamad.
3.Borang Tender
Semua tawaran hendaklah dibuat dengan menggunakan borang tender rasmi yang dikeluarkan oleh Sahabat Ar Rahnu Cawangan SAHABAT AR RAHNU KUCHING sebagaimana di para 1.1 dengan caj tender sebanyak RM 2.00/ Sampul. . Sekiranya terdapat keperluan untuk memberi maklumat tambahan yang tidak boleh dimuatkan di dalam borang tender tersebut, maka maklumat ini boleh disertakan dengan menggunakan lampiran berasingan.
4.Kelayakan Untuk Mengambil Bahagian Di Dalam Tender
4.1 Individu dikehendaki memajukan satu salinan fotostat Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran.
4.2Di dalam kes-kes di mana Petender adalah Syarikat/Organisasi, satu salinan Pendaftaran Perniagaan hendaklah dimajukan.
5.Tindakan Yang Perlu Diambil Oleh Petender
5.1Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Petender haruslah memastikan maklumat yang diberikan adalah yang terkini dan sahih.
5.2Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Petender dan diletakkan cop syarikat (sekiranya Petender adalah Syarikat/Organisasi).
5.3Dokumen-dokumen di bawah perlu diserahkan kepada pihak Syarikat :
i) Borang Tender Lelongan Barang Gadaian ii)Borang Senarai Barang Lelong
iii)Salinan fotostat kad pengenalan/sijil kelahiran atau Pendaftaran Perniagaan (sekiranya Petender adalah
5.5 Bidaan yang diterima diterima lewat dari tempoh waktu yang ditetapkan seperti di para 1.2 di atas tidak akan dipertimbangkan.
6.Penerimaan Tawaran
Syarikat tidak akan terikat menerima tawaran yang termurah/terendah atau mana-mana tawaran. Syarikat berhak untuk memecah/membahagikan tawaran kepada lebih dari satu jika dirasakan perlu dan berpatutan.
7.Keputusan BidaanAdalah Muktamad Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat mengenai keputusan tender ini tidak akan dilayan.
8.Penerimaan Berjaya Syarikat akan memaklum kepada Petender yang berjaya. Petender yang berjaya hendaklah membayar secara atas talian selepas tamat tempoh lelongan ini
9.Tidak Menepati Kehendak Tender.
Petender yang gagal untuk menepati dan memenuhi semua kehendak tender yang telah dijelaskan di atas memungkinkan tawarannya ditolak dan tidak dipertimbangkan.
10. Risiko penghantaran perlu ditanggung sepenuhnya oleh pembida yang berjaya untuk proses penghantaran barang lelongan.